LANGKAWI: Seorang remaja sekolah ditangkap oleh pihak polis kerana menyimpan duit belanja sekolah setiap hari demi untuk membeli dadah . Kata remaja tersebut ianya adalah berpunca daripada terpengaruh dengan jiran rumahnya yang juga terlibat dengan penagihan dadah. “Saya sanggup tak makan dan simpan duit sekolah yang diberi ayah untuk beli dadah setiap hari. “Semuanya berpunca akibat kesilapan saya terpengaruh dengan jiran yang juga penagih dadah,” kata seorang remaja lelaki 16 tahun selepas ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah dalam operasi, pada malam kemarin.

Dalam operasi serbuan penangkapan itu, terdapat seramai 50 individu telah ditahan di beberapa lokasi di Kuah, Ulu Melaka dan Kedawang, namun hanya 41 individu berusia antara 16 tahun hingga 50 tahun, didapati positif dadah. Remaja sekolah terbabit telah membuat pengakuan bahawa dia sudah terbabit dalam pengambilan dadah sejak tahun lalu apabila jirannya yang berusia 18 tahun menyuruhnya menghisap syabu. Kata pelajar sekolahh tersebut, dia adalah Tingkatan Empat, telah mencuba untuk berhenti daripada pengambilan dadah, tetapi gagal selepas ianya sudah gian denga dirinya sendiri.
Sementara itu, seorang remaja lelaki yang sudah tidak sekolah berusia 17 tahun ditahan ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan bekalan dadah. Remaja tersebut telah terlibat dengan menghisap dadah sejak berusia 13 tahun lagi. Katanya, ibunya sempat menasihatkan supaya jaga diri dengan baik sepanjang berada di pusat pemulihan.
Timbalan Pengarah Kanan Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Kedah, Nasru’d-din Abdul Rahman berkata, tangkapan penagih dadah dalam operasi Ops Total Enforcement (Ops TE II) di negeri kini semakin meningkat menjadikan jumlah keseluruhannya mencecah 219 orang. Beliau berkata, penambahan itu berikutan serbuan di beberapa daerah iaitu di Langkawi, Felda Lubuk Merbau di Padang Terap, Kuala Kedah, Kubang Pasu dan Kuala Muda.
“Jumlah individu yang ditahan adalah seramai 245 orang namun hanya 219 orang positif yang mana 213 orang adalah lelaki dan enam wanita.
“Ia membabitkan jumlah tangkapan sejak Ops TE II dilakukan bermula 22 Jun lalu hingga jam 12 tengah malam tadi,” katanya ketika ditemui hari ini.