Kesah Benar
  • Berita
  • LIFESTYLE
  • Hiburan
  • TECH
Friday, July 1, 2022
No Result
View All Result
  • Berita
  • LIFESTYLE
  • Hiburan
  • TECH
No Result
View All Result
Kesah Benar
No Result
View All Result
Home BERITA KESAH Politik

Kronologi kes rasuah SRC International dihadapi Najib

admin by admin
July 28, 2020
in KESAH Politik
0
Kronologi kes rasuah SRC International dihadapi Najib
0
SHARES
319
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Mahkamah Tinggi akan mendengar kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan tiga pertuduhan pecah amanah (CBT), satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC International) berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan akan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Najib, 66 yang juga Anggota Parlimen Pekan mengaku tidak bersalah terhadap kesemua tujuh pertuduhan. Berikut adalah garis masa kes SRC Najib:

  • 4 Julai 2018 – Najib didakwa buat pertama kali di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan CBT dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta. Kes kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
  • 8 Ogos 2018 – Najib didakwa di Mahkamah Tinggi atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana sama (RM42 juta daripada SRC International) yang merupakan hasil kegiatan haraam.
  • 10 Ogos 2018 – Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan Najib untuk melarang media dan orang ramai daripada menerbitkan kenyataan berhubung merit kes jenayahnya yang akan membuat inferens (kesimpulan) Najib bersalah sementara menunggu kesnya selesai.
  • 10 Ogos 2018 – Mohd Nazlan menetapkan 33 hari bermula 12 hingga 28 Feb dan 4 hingga 29 Mac untuk perbicaraan kes SRC Najib.
  • 13 Ogos 2018 – Najib memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak untuk mengeluarkan perintah melarang media dan orang awam daripada menerbitkan kenyataan berhubung merit kesnya.
  • 18 Dis 2018 – Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk mendapatkan surat pelantikan Datuk Sulaiman Abdullah bagi mengetuai pasukan pendakwaan dan permohonannya untuk mendapatkan dokumen berhubung kes itu.
  • 15 Jan 2019 – Najib menerusi firma guamannya Messrs Shafee & Co telah menulis surat bertarikh 15 Jan kepada Mahkamah Tinggi memohon agar perbicaraan yang dijadualkan pada 12 Feb dilapangkan sementara menunggu tiga rayuan interlokutorinya di Mahkamah Rayuan.
  • 17 Jan 2019 – Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Manoj Kurup dalam surat bertarikh 17 Jan 2019 yang dihantar kepada Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali, membantah permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan, menyatakan permohonan itu “adalah remeh dan akan menyebabkan kelewatan yang tidak munasabah terhadap perbicaraan yang dijadualkan.
  • 11 Feb 2019 – Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan sementara perbicaraan sehingga rayuannya berhubung keputusan pendakwa raya menarik balik sijil perpindahan tujuh pertuduhan terhadapnya, selesai.
  • 14 Feb 2019 – Mahkamah Rayuan menetapkan 11 dan 12 Mac untuk mendengar empat rayuan Najib bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung permohonan interlokutori Najib mengenai tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC.
  • 11, 12, 15 dan 18 Mac 2019 – Mahkamah Rayuan mendengar empat rayuan Najib.
  • 21 Mac 2019 – Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan sementara perbicaraan Najib sehingga Mahkamah Persekutuan mendengar dan memutuskan tiga rayuan interlokutori yang sebelum itu ditolak oleh Mahkamah Rayuan.
  • 21 Mac 2019 – Mahkamah Rayuan menolak tiga rayuan Najib iaitu rayuannya untuk mendapatkan perintah melarang media dan orang awam membincangkan merit kes jenayahnya; akses kepada dokumen penyiasatan termasuk kenyataan saksi pada peringkat praperbicaraan; dan mengenai penarikan balik sijil perpindahan pertuduhannya oleh Peguam Negara.
  • 21 Mac 2019 – Mahkamah sama bagaimanapun membenarkan rayuan Najib untuk mendapatkan salinan surat pelantikan Datuk Sulaiman Abdullah mengetuai pendakwaan.
  • 27 Mac 2019 – Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan sementara perbicaraan sementara menunggu rayuannya berhubung permohonan interlokutorinya selesai.
  • 28 Mac 2019 – Mahkamah Tinggi menetapkan 3 April pada 2 petang bagi perbicaraan kes SRC Najib.
  • 1 April 2019 – Najib memfailkan satu lagi rayuan (permohonan semakan) terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonannya menangguhkan perbicaraan kesnya berkaitan SRC.

SUMBER – BERNAMA

Previous Post

Najib Razak Didapati Bersalah Kesemua 7 Pertuduhan

Next Post

Datuk Seri Najib Razak dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta

Next Post
Datuk Seri Najib Razak dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta

Datuk Seri Najib Razak dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ahli Keluarga Diraja Yang Pernah Melakukan Pekerjaan ‘Biasa-Biasa’

Ahli Keluarga Diraja Yang Pernah Melakukan Pekerjaan ‘Biasa-Biasa’

January 20, 2021
“Sebab tulah jual murah je!” – Ramai Tak ‘Aware’ Tapi Ini 5 Bahaya Penggunaan Pod Palsu

“Sebab tulah jual murah je!” – Ramai Tak ‘Aware’ Tapi Ini 5 Bahaya Penggunaan Pod Palsu

April 23, 2021
YAMAHA MT-15 Baru Dilihat Di Malaysia

YAMAHA MT-15 Baru Dilihat Di Malaysia

June 26, 2020
Zii Jia wira negara: PM

Zii Jia wira negara: PM

March 22, 2021
Bekas Pekerja Subway Kongsi Tips Untuk Jadikan Sandwich Anda Lebih Sedap

Bekas Pekerja Subway Kongsi Tips Untuk Jadikan Sandwich Anda Lebih Sedap

September 25, 2020
Tips Fesyen Bagi Gadis Yang Rendah

Tips Fesyen Bagi Gadis Yang Rendah

November 10, 2020

Amy Schumer Says “Yes”, Marries Chef Chris Fischer After A Few Months Of Dating

March 15, 2020

Suspek Kes Bunuh Bayi Berusia Lapan Bulan Enggan Masuk Ke Dalam Mahkamah

October 15, 2020

Pegawai, anggota polis antivaksin akan dipanggil bersemuka

March 11, 2021

Cuci Dan Jual Semula Alat ‘Swab Test’ Yang Dah Digunakan, Lima Pekerja Syarikat Farmasi Ditahan

May 5, 2021

Berjalan 20KM Cari Pelanggan, Pasangan Warga Emas Kurang Upaya Ini Dapat Perhatian Dr Zulkifli

January 26, 2021

6 Makanan Berkhasiat Untuk Sarapan Pagi Agar Lebih Sihat

November 9, 2020

“Untung Handsome”-Tumpang Cermin Kereta, Pemuda Malu Ditegur Dari Dalam

April 9, 2021

Pasangan rentas negeri untuk berbulan madu dijel sehari, denda RM2,500

April 20, 2021

Jemaah Sanggup Solat Terawih Dalam Gelap & Sorok Selipar Antara Punca Tercetus Kluster Pauh Lima

May 18, 2021

Kedah Isytihar Daerah Yan, Kuala Muda Sebagai Kawasan Bencana Tahap 1 – Menteri Besar

August 19, 2021
Kesah Benar

Kami membawa berita TERKINI dan TERBARU di dunia digital

Categories

  • BERITA
  • HIBURAN
  • KESAH Artis
  • KESAh Auto
  • KESAH Bisnes
  • KESAH Dunia
  • KESAH Fesyen
  • KESAH Gadjet
  • KESAH Game
  • KESAH Makan
  • KESAH Muvie
  • KESAH Politik
  • KESAH Sihat
  • KESAH Travel
  • KESAH Viral
  • LIFESTYLE
  • TECH
  • Umum

Recent News

Kecoh najis tercicir ketika bas isi minyak, semua penumpang disaman kerana tiada sesiapa yang mengaku.

Kecoh najis tercicir ketika bas isi minyak, semua penumpang disaman kerana tiada sesiapa yang mengaku.

June 10, 2022
Johnny Deep menang kes saman fitnah terhadap Amber Heard

Johnny Deep menang kes saman fitnah terhadap Amber Heard

June 2, 2022

© 2020 KBNews - Berita Terkini dan Sensasi KBNews.

No Result
View All Result
  • Home
  • Berita
    • KESAH Bisnes
    • KESAH Politik
    • KESAH Dunia
  • Hiburan
    • KESAH Game
    • KESAH Muvie
    • KESAH Artis
  • LIFESTYLE
    • KESAH Fesyen
    • KESAH Makan
    • KESAH Travel
    • KESAH Sihat
  • TECH
    • KESAH Gadjet

© 2020 KBNews - Berita Terkini dan Sensasi KBNews.