Kesah Benar
  • Berita
  • LIFESTYLE
  • Hiburan
  • TECH
Wednesday, August 10, 2022
No Result
View All Result
  • Berita
  • LIFESTYLE
  • Hiburan
  • TECH
No Result
View All Result
Kesah Benar
No Result
View All Result
Home LIFESTYLE KESAH Sihat

6 Tip Penjagaan Kebersihan dan Kesihatan Diri

admin by admin
October 15, 2020
in KESAH Sihat
0
6 Tip Penjagaan Kebersihan dan Kesihatan Diri
0
SHARES
290
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Menjaga kesihatan badan adalah sangat penting bagi semua individu dan tidak mengira faktor usia. Salah satu sebab mengapa kebersihan diri itu penting adalah untuk memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik.  Kebersihan diri adalah salah satu kunci kepada kesihatan diri. Sekiranya anda tidak mengekalkan kebersihan diri, maka anda akan lebih mudah untuk dijangkiti pelbagai penyakit. Oleh itu, jom lihat tip kebersihan untuk kesihatan diri anda yang telah kami senaraikan!

Masih banyak cara yang anda boleh buat bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan anda. Pemilihan makanan yang sihat juga harus di ambil kira supaya kesihatan tubuh badan anda boleh dikekalkan dalam jangka masa yang lama. Tambahan lagi buat kaki travel, anda pasti mahu ke luar negara dalam keadaan yang sihat walafiat bukan?

Setiap hari, badan anda terdedah kepada pelbagai kuman sama ada di kulit atau di dalam mulut. Tambahan pula, badan anda menggugurkan kulit setiap hari dan semua kuman serta kulit mati tersebut akan terkumpul jika ia tidak dibuang atau dibersihkan, seterusnya berpotensi menyebabkan jangkitan!

1. Berus Gigi Selepas Makan & Sebelum Tidur

Cara pertama untuk mengekalkan kebersihan diri adalah dengan menjaga kebersihan mulut dan gigi. Tujuannya adalah untuk mengekalkan kebersihan gigi serta mengelakkan rongga nafas berbau dan menganggu orang lain. Dengan itu cara yang terbaik menjaga gigi dan mulut anda ialah memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Masa yang paling sesuai untuk berus gigi adalah selepas makan dan sebelum tidur. Jangan sesekali mengabaikan berus gigi pada waktu malam sebelum tidur kerana kebiasaan bakteria merosakkan gigi lebih aktif pada waktu malam ketika anda sedang tidur!

Cara memberus gigi adalah memberus selama dua minit dengan lembut tetapi dengan teliti. Gunakan berus gigi yang lembut agar tidak menyakitkan gusi dan jangan lupa untuk menggantikan berus secara berkala setiap 3 bulan untuk mengekalkan kebersihan berus gigi tersebut.

2. Mandi Dua Kali Sehari & Cuci Rambut

Setiap kawasan mempunyai iklim yang berbeza dan budaya mandi juga turut berbeza. Anda pasti perasan sesetengah orang yang berada di negara 4 musim hanya mandi sekali dalam sehari sahaja! Tapi sebagai penduduk negara yang bermusim tropika ini, adalah lebih baik anda mandi dua kali sehari. Secara amnya anda perlu mandi pada waktu pagi sebelum memulakan aktiviti dan petang selepas bekerja atau malam sebelum tidur.

Pastikan anda menggosok  badan anda ketika mandi sekurang-kurangnya sekali seminggu. Ini bertujuan untuk membersihkan sel-sel kulit mati yang mungkin tidak dapat dibuang dengan menggunakan sabun biasa.

Manakala menjaga kebersihan rambut adalah dengan membasuh rambut anda dengan kerap sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu. Kenapa? Ini kerana jika anda kerap mencuci rambut boleh menyebabkan kulit kepala kering dan rambut menjadi rapuh.

3. Basuh Tangan Anda Dengan Sabun

Dalam musim wabak covid-19 yang melanda negara, anda disarankan untuk kerap membasuh tangan anda dengan sabun atau lebih baiknya dengan ‘hand sanitizer’ yang mempunyai kandungan alkohol lebih 70%. Ini bagi membasmi kuman bakteria dengan lebih efisien.

Kepentingan membasuh tangan adalah untuk menjaga kebersihan diri terutamanya sebelum dan selepas makan, selepas menggunakan tandas, sebelum berinteraksi dengan anak kecil, sebelum dan selepas memasak, atau selepas bermain dengan haiwan peliharaan.  Semua tempat boleh jadi tempat terletaknya bakteria! Tangan anda juga digunakan untuk menutup mulut ketika batuk dan bersin. Makanya basuhlah tangan anda selalu!

4. Bersihkan Kuku Selalu

Kuku anda merupakan sebahagian yang kecil pada badan anda. Namun begitu, kuku juga merupakan tempat yang berpotensi tinggi untuk kuman dan bakteria  mengembangkan pelbagai penyakit dalam badan kita. Apabila anda mencuci tangan dengan sabun, pastikan kebersihan semasa mencuci sampai ke bahagian kuku, terutamanya jika anda mempunyai kuku panjang.

5. Cuci Kaki Selepas Keluar Rumah

Selain mencuci tangan, mencuci kaki juga penting untuk mengekalkan kebersihan diri. Penggunaan kasut pada kaki sepanjang hari boleh menyebabkan perkembangan bakteria di kaki dan menyebabkan bau. Jangan pula lupa untuk menjaga kebersihan kasut yang telah  digunakan. Bakteria yang terkumpul pada kasut akan menyebabkan bau kaki walaupun hanya digunakan sekejap. Oleh itu, bersihkan tapak kaki anda dengan kerap.

6. Jaga Kebersihan Pakaian Seharian

Akhir sekali, kebersihan diri tidak hanya dipengaruhi oleh faktor-faktor tubuh yang bersih, tetapi juga dari apa yang kita gunakan. Janganlah anda memakai semula pakaian yang telah anda gunakan. Pakailah baju dan seluar yang telah dicuci dan bersih serta berbau wangi!

Basuhlah pakaian anda dengan menggunakan detergen dan keringkannya di bawah matahari supaya bakteria dan kuman yang tinggal di pakaian akan mati. Pakaian yang tidak mempunyai cahaya matahari atau tidak kering sepenuhnya biasanya akan menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.

Previous Post

Tips Penjagaan Gear Automatik

Next Post

Bermula Dari Pinjam Duit Ibu,Kini Pizza Hut Antara Jenama Besar Yang Dikenali Seluruh Dunia

Next Post
Bermula Dari Pinjam Duit Ibu,Kini Pizza Hut Antara Jenama Besar Yang Dikenali Seluruh Dunia

Bermula Dari Pinjam Duit Ibu,Kini Pizza Hut Antara Jenama Besar Yang Dikenali Seluruh Dunia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Secret Australian Government Documents Found In Cabinets Sold At Second-Hand Store

March 10, 2020
Pengecualian Cukai Jualan Kereta Wajar Dilanjutkan

Pengecualian Cukai Jualan Kereta Wajar Dilanjutkan

October 30, 2020
Baru 3 hari dilahirkan, anak Azmi Saat meninggal dunia

Baru 3 hari dilahirkan, anak Azmi Saat meninggal dunia

October 1, 2021
Mengapa Manusia Tersedu & Ini Cara Menghentikannya

Mengapa Manusia Tersedu & Ini Cara Menghentikannya

October 2, 2020
Resepi Step-by-Step Chilled Mango Cheesecake Setaraf Kedai Kek, Gebu!

Resepi Step-by-Step Chilled Mango Cheesecake Setaraf Kedai Kek, Gebu!

February 8, 2021
Kes Basikal Lajak: Mahkamah Umum Pemandu Tak Bersalah, Dilepas & Dibebaskan

Kes Basikal Lajak: Mahkamah Umum Pemandu Tak Bersalah, Dilepas & Dibebaskan

October 11, 2021
Dilema Miskin Bandar

Dilema Miskin Bandar

January 4, 2021

“Isteri Adalah Jodoh & Teman Sejiwa, Bukan Pembantu Rumah”

January 27, 2021

DSV Menangis Staf Hadiahkan Beg Tangan Berharga RM30,000

September 25, 2020

Elakkan Makan Makanan Dalam Tin Ini Jika Ada 3 Tanda Ini

October 21, 2020

Gaya Sopan Dan Sempoi ‘Abang Van’ Jual Apam Balik Dan Roti Kukus Buat Netizen Terhibur

October 27, 2020

3 hormon yang mempengaruhi penurunan berat badan

June 22, 2020

Kecantikan YouTuber ‘Sugu Pavithra’. Macam Model!

June 22, 2020

Tempat Makan Best di Kundasang, Sabah

July 6, 2020

Ayat Ke-9 Surah Yaasin Pendinding, KP Johor Kongsi Amalan Benteng Diri

April 30, 2021

WOW! Bukan Saja Boleh Buat Turun Berat Badan, Tapi Air Lemon Juga Jadikan Wajah Berseri

March 18, 2021
Kesah Benar

Kami membawa berita TERKINI dan TERBARU di dunia digital

Categories

  • BERITA
  • HIBURAN
  • KESAH Artis
  • KESAh Auto
  • KESAH Bisnes
  • KESAH Dunia
  • KESAH Fesyen
  • KESAH Gadjet
  • KESAH Game
  • KESAH Makan
  • KESAH Muvie
  • KESAH Politik
  • KESAH Sihat
  • KESAH Travel
  • KESAH Viral
  • LIFESTYLE
  • TECH
  • Umum

Recent News

Kecoh najis tercicir ketika bas isi minyak, semua penumpang disaman kerana tiada sesiapa yang mengaku.

Kecoh najis tercicir ketika bas isi minyak, semua penumpang disaman kerana tiada sesiapa yang mengaku.

June 10, 2022
Johnny Deep menang kes saman fitnah terhadap Amber Heard

Johnny Deep menang kes saman fitnah terhadap Amber Heard

June 2, 2022

© 2020 KBNews - Berita Terkini dan Sensasi KBNews.

No Result
View All Result
  • Home
  • Berita
    • KESAH Bisnes
    • KESAH Politik
    • KESAH Dunia
  • Hiburan
    • KESAH Game
    • KESAH Muvie
    • KESAH Artis
  • LIFESTYLE
    • KESAH Fesyen
    • KESAH Makan
    • KESAH Travel
    • KESAH Sihat
  • TECH
    • KESAH Gadjet

© 2020 KBNews - Berita Terkini dan Sensasi KBNews.