Kesah Benar
  • Berita
  • LIFESTYLE
  • Hiburan
  • TECH
Sunday, May 28, 2023
No Result
View All Result
  • Berita
  • LIFESTYLE
  • Hiburan
  • TECH
No Result
View All Result
Kesah Benar
No Result
View All Result
Home BERITA KESAH Dunia

Dipisahkan Saat Dilahirkan, Banduan Sebak Hanya Dibenarkan ‘Melawat’ Anak Sudah Meninggal Dunia

admin by admin
October 19, 2020
in KESAH Dunia
0
Dipisahkan Saat Dilahirkan, Banduan Sebak Hanya Dibenarkan ‘Melawat’ Anak Sudah Meninggal Dunia
0
SHARES
225
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kasih ibu membawa ke syurga dan tiada nilai gantinya. Ini kisah yang menyedihkan berlaku di Filipina, apabila seorang banduan wanita yang dipisahkan dengan anaknya yang berusia tiga bulan.

Lagi menyedihkan, dia hanya sempat ‘melawat’ anaknya ketika upacara pengkebumian dibuat.

Wanita yang dikenali sebagai Reina Mae Nasino, 23 tahun, sebelum ini tidak tahu bahawa dia sedang hamil ketika ditangkap pada tahun lepas di Manila. Perkara ini hanya diketahui selepas kandungannya memasuki minggu yang ketiga setelah pemeriksaan kesihatan dilakukan. Reina sempat melahirkan anaknya dalam penjara sebelum dipisahkan oleh pihak berkuasa. Mereka berdua berpisah sejurus anaknya berusia dua bulan.

Pada 13 Ogos, Reina dan anaknya River, dipisahkan akibat penularan Covid-19 yang menghalang semua tahanan daripada menjaga anak masing-masing. Ketika itu, Reina meminta supaya bayinya ditinggalkan pada satu tempoh yang lebih panjang namun dihalang oleh pihak penjara. River kemudiannya, dijaga oleh neneknya sebelum dia jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital.

Walaupun, anaknya dimasukkan ke hospital, Reina masih tidak mendapat kebenaran untuk melawat River sebelum River meninggal dunia akibat radang paru-paru. Kematian anaknya telah mengejutkan ramai orang di Filipina dan rata-rata simpati akan nasib yang menimpanya.

Perkara ini secara tidak langsung membangkitkan kemarahan Reina terhadap sistem pengadilan Filipina yang tidak membenarkan hak penjagaannya dan kebenaran untuk melawat anaknya yang sedang sakit.

Reina sebelum ini telah ditangkap pada November 2019 bersama dua rakannya kerana didakwa memiliki senjata api dan bahan letupan secara haram. Namun, dia sekeras-kerasnya menafikan dakwaan tersebut. Walaupun bergelar banduan, tetapi perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk membesarkan anaknya.

Reina juga sebelum ini pernah memohon supaya pihak mahkamah mengizinkan supaya dia dan anaknya dapat duduk bersama, namun permohonannya ditolak ketika itu. Di bawah udang-undang Filipina, anak yang dilahirkan dalam tahanan boleh tinggal bersama ibu untuk bulan yang pertama sahaja.

Pihak mahkamah ketika itu hanya memberi Reina selama tiga hari untuk menghadiri upacara pemakaman anaknya. Tetapi, pegawai penjara bertindak untuk campur tangan untuk mengurangkan tempoh tersebut, dan hanya membenarkan Reina meninggalkan penjara selama tiga jam sahaja pada hari Rabu dan Jumaat ketika upacara pengkebumian dibuat.

Sumber: Oh Bulan

Previous Post

Empat Tahun Menanti Cahaya Mata, Shah Iskandar Selamat Timang Anak Pertama

Next Post

Tips Fesyen Muslimah Ke Pejabat

Next Post
Tips Fesyen Muslimah Ke Pejabat

Tips Fesyen Muslimah Ke Pejabat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ALAMI KESUKARAN BERNAFAS AKIBAT RESDUNG – IKHWAN KHAIRUDDIN SELAMAT BEDAH HIDUNG

ALAMI KESUKARAN BERNAFAS AKIBAT RESDUNG – IKHWAN KHAIRUDDIN SELAMAT BEDAH HIDUNG

September 27, 2021
Berkhwin Dgn Warga Asing, Wanita Melayu Ini Kongsi Pengalaman yg Mengejutkan Berlaku Kepadanya

Berkhwin Dgn Warga Asing, Wanita Melayu Ini Kongsi Pengalaman yg Mengejutkan Berlaku Kepadanya

May 24, 2021
Malaysia Ungguli Tempat Pertama Pelancongan ‘Muslim Friendly’

Malaysia Ungguli Tempat Pertama Pelancongan ‘Muslim Friendly’

December 3, 2020
Covid-19: Perjalanan antara Malaysia dan Singapura akan diketahui seawal Ogos

Covid-19: Perjalanan antara Malaysia dan Singapura akan diketahui seawal Ogos

July 14, 2020
Warga Asing Rentas Negeri Jumpa Kawan Di Genting Hinglands Jadi Punca Kluster Genting

Warga Asing Rentas Negeri Jumpa Kawan Di Genting Hinglands Jadi Punca Kluster Genting

December 16, 2020
Kehadiran disambut ‘meriah’, Ebit Lew terharu layanan baik warga Afrika

Kehadiran disambut ‘meriah’, Ebit Lew terharu layanan baik warga Afrika

March 24, 2021
Berputih mata pemilik flat selera nak banglo…alasan MPAJ ambil tindakan roboh binaan

Berputih mata pemilik flat selera nak banglo…alasan MPAJ ambil tindakan roboh binaan

June 1, 2022

Teruja hari pertama ke sekolah

March 1, 2021

Review Filem: Unhinged (2020)

October 2, 2020

Dua Staf Operasi LRT Laluan Kelana Jaya Positif Covid-19

December 17, 2020

Mawar Rashid Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

January 4, 2021

Pensyarah Perubatan Saran Wanita Mengandung, Menyusu Bayi Tangguh Ambil Vaksin Covid-19

March 4, 2021

Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga William Fidelis

June 8, 2021

Tak Pernah Guna Duit Selama 36 Tahun, Lelaki Ini Hanya Gunakan Baucar Sahaja Untuk Membeli Keperluan Hidup

November 2, 2020

Mulai Tahun Hadapan,Kerajaan Indonesia Mahu Fokus Cari Makhluk Asing Dan Planet Mirip Bumi

October 30, 2020

Menghadapi Serangan Zombie, 5 Kelebihan Dan Kekurangan Dari Movie Korea (#Alive)

September 24, 2020
Kesah Benar

Kami membawa berita TERKINI dan TERBARU di dunia digital

Categories

  • BERITA
  • HIBURAN
  • KESAH Artis
  • KESAh Auto
  • KESAH Bisnes
  • KESAH Dunia
  • KESAH Fesyen
  • KESAH Gadjet
  • KESAH Game
  • KESAH Makan
  • KESAH Muvie
  • KESAH Politik
  • KESAH Sihat
  • KESAH Travel
  • KESAH Viral
  • LIFESTYLE
  • TECH
  • Umum

Recent News

Kecoh najis tercicir ketika bas isi minyak, semua penumpang disaman kerana tiada sesiapa yang mengaku.

Kecoh najis tercicir ketika bas isi minyak, semua penumpang disaman kerana tiada sesiapa yang mengaku.

June 10, 2022
Johnny Deep menang kes saman fitnah terhadap Amber Heard

Johnny Deep menang kes saman fitnah terhadap Amber Heard

June 2, 2022

© 2020 KBNews - Berita Terkini dan Sensasi KBNews.

No Result
View All Result
  • Home
  • Berita
    • KESAH Bisnes
    • KESAH Politik
    • KESAH Dunia
  • Hiburan
    • KESAH Game
    • KESAH Muvie
    • KESAH Artis
  • LIFESTYLE
    • KESAH Fesyen
    • KESAH Makan
    • KESAH Travel
    • KESAH Sihat
  • TECH
    • KESAH Gadjet

© 2020 KBNews - Berita Terkini dan Sensasi KBNews.