Jadi rendah ni memang susah sikit kadang-kadang sebab yelah semua baju nampak panjang dan tak kena dan kadang-kadang tu baju yang dipakai buatkan kita nampak bertambah-tambahlah rendah! Eh tak bestnya.
So harini kami nak kongsi beberapa tips buat korang yang rendah ni untuk tampil bergaya dan still nampak menarik biarpun kita ni tak cukup inci.
1. Hadkan Warna Dalam Pakaian

Berpakaian satu atau dua warna dari hujung rambut sehingga hujung kaki dapat mewujudkan ilusi tinggi.
Tapi bukan tinggi je, kurus pun boleh nampak tau kalau kita hadkan warna dalam pemakaian kita!
Plus, kalau terlalu banyak warna akan menjadi serabut kepada yang memandang.
2. Pilih Corak Menegak

Tahukah anda corak memainkan peranan yang penting kalau nak nampak tinggi?
Tak percaya tengok gambar dekat atas ni:
Selain menampakkan susuk tubuh yang kurus, corak sebegini akan menghasilkan ilustrasi tinggi kepada sesiapa yang memandang.
Tapi, buat korang yang kurus sangat, boleh lah try pakai pakaian yang bercorak lebar.
Cuma kalau nak effect tinggi tu lebih lagi, corak menegak ni memang sesuailah.
So lepas ni dah boleh jalan macam model.
3. Kasut Tumit Tinggi

Yang ini memang tak boleh lari kalau anda nak nampak tinggi. Cliché lah orang kata.
Padankan pula dengan seluar atau jenis baju yang bercorak menegak, ha tak ada siapa lagi yang boleh ejek anda pendek!
Pemilihan kasut pula pastikan tidak terlalu sarat dengan tali yang diikat di betis.
4. Jenis Seluar Yang Betul

Jenis seluar pun penting tau untuk golongan petite comel ni.
Pemakaian seluar jenis palazo dan high waisted akan membantu kaki anda kelihatan lebih panjang.
Ia akan memberi effect yang lebih lagi sekiranya anda tuck in baju anda.
Tapi macam mana pula kalau nak pakai jeans? Tak kan perempuan petite tak boleh pakai jeans kan?
Eh, siapa cakap tak boleh. Boleh jee cuma kena tahu jeans jenis apa. Seluar jeans jenis kecil di bawah juga sesuai untuk anda yang bertubuh kecil ini,
Pemakaian seluar jenis ini dapat memberikan ilusi tinggi kepada si pemakai, namun pastikan seluar tersebut tidak terlalu ketat dan bersesuaian.
5. Tali Pinggang Kecil

Buat peminat tali pinggang, pastikan korang pakai tali pinggang bersaiz kecil.
Tak salah nak pakai tali pinggang yang besar, cumanya aksesori itu akan kelihatan menonjol dan menenggelamkan gaya korang yang lain.
Pemilihan warna pula pastikan sebati dengan warna pakaian lain.
Haa, dah tahu tips-tips ni pastikan anda cuba tau! Lepas ni kami yakin dan confirm korang boleh jalan dengan yakin persis model!
Selamat bergaya!
Sumber: SantaiSini