Kesah Benar
  • Berita
  • LIFESTYLE
  • Hiburan
  • TECH
Friday, July 1, 2022
No Result
View All Result
  • Berita
  • LIFESTYLE
  • Hiburan
  • TECH
No Result
View All Result
Kesah Benar
No Result
View All Result
Home LIFESTYLE KESAH Sihat

Keburukan Duduk yang Berlebihan

admin by admin
December 4, 2020
in KESAH Sihat
0
Keburukan Duduk yang Berlebihan
0
SHARES
29
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Tubuh kita dicipta untuk berdiri dan bergerak apabila bekerja dan bermain, manakala duduk apabila ingin berehat. Kebanyakan pekerjaan menjadikan seseorang semakin tidak aktif, dan memerlukan seseorang duduk untuk masa yang panjang di depan meja. Gaya hidup yang tidak aktif seperti bekerja duduk di depan meja sepanjang hari, bergerak ke sana sini duduk di dalam kereta atau bas, meluangkan masa menonton TV atau melayari Internet sambil duduk, boleh menjejaskan tubuh badan kita. Contohnya, ia boleh mengakibatkan perkara berikut:

  • Kalori yang kurang dibakar boleh mengakibatkan pertambahan berat badan dan masalah kegemukan(obesiti) yang berkaitan
  • Hilang kekuatan otot dan tulang menjadi lemah. Ketahanan anda menjadi lemah kerana anda tidak menggunakan otot sebaiknya
  • Peredaran darah berkurangan kerana kurang aktiviti fizikal
  • Keradangan berlaku-Tubuh mudah menjadi radang kerana kurang bergerak atau beraktiviti
  • Sistem imun lemah. Metabolisme tubuh juga terjejas kerana pecahan lemak dan gula berkurangan
  • Hormon menjadi tidak seimbang kerana pertambahan berat badan dan kurang aktif

Dalam masyarakat moden, kebanyakan orang duduk secara berlebihan disebabkan ciri-ciri sosiologi, tingkah laku dan biologi. Duduk secara berlebihan ialah satu cara biasa yang mendorong kepada pelbagai penyakit kronik seperti kegemukan, diabetes jenis 2, penyakit vaskular dan pelbagai jenis kanser. Mekanisme fisiologi dan molekular boleh menghuraikan perkaitan ini.

Masalah Kesihatan Berkaitan Dengan Duduk Secara Berlebihan

Masalah kesihatan yang berkaitan dengan gaya hidup yang tidak aktif dan tidak mendapat senaman yang mencukupi boleh meningkatkan risiko:

  • Kematian pramatang – Orang yang duduk secara berlebihan mempunyai risiko 22-49% untuk mati lebih awal
  • Penyakit jantung, diabetes jenis 2 dan beberapa jenis kanser- Gaya hidup yang tidak aktif meningkatkan risiko masalah kesihatan seperti diabetes jenis 2 dan penyakit jantung. Keadaan tidak aktif menjadi penyebab utama dalam perkembangan ketahanan insulin
  • Sindrom metabolisme (tekanan darah meningkat, gula darah tinggi, lemak badan berlebihan di pinggang dan tahap kolesterol atau trigliserida yang luar biasa) – Punca utama sindrom metabolisme adalah berat badan berlebihan, kegemukan dan keadaan fizikal yang tidak aktif
  • Kegemukan – Penyelidikan menunjukkan bahawa orang yang gemuk duduk secara purata dua jam lebih lama setiap hari daripada orang yang mempunyai berat badan yang normal
  • Osteoporosis dan Jatuh
  • Strok

Jika anda duduk bekerja dengan menggunakan komputer untuk tempoh yang lama setiap hari, anda mungkin berisiko untuk mendapat ketegangan fizikal dan kecederaan akibat regangan berlebihan dan berulangan. Menurut Akademi Pakar Bedah Ortopedik Amerika (American Academy of Orthopedic Surgeons), tanda dan simptom mungkin merangkumi:

  • Rasa sesemut di jari, sakit di pergelangan tangan dan sakit di bahagian pinggang
  • Keletihan mata iaitu mata merah, kering dan/atau sakit, penglihatan kabur dan pening kepala
  • Sakit di leher, bahu, lengan, belakang, paha dan bahagian bawah kaki (dipanggil lesu postur – postural fatigue)
  • Sakit berterusan atau rasa tidak selesa di otot dan tendon (dipanggil cedera regang berulangan – repetitive strain injury)

Langkah Untuk Diambil Bagi Mengurangkan Risiko Anda

Walaupun anda perlu bekerja di meja dan/atau meluangkan masa yang lama dengan menggunakan komputer terdapat cara mengelakkan atau mencegah risiko kesihatan.

1. Amalkan Pergerakan Ini Semasa Anda Bekerja

  • Berehat sebentar untuk bergerak, berdiri, meregang atau berjalan agar peredaran darah berjalan lancar
  • Gunakan tangga dan bukannya lif
  • Gunakan waktu rehat atau waktu makan tengah hari untuk berjalan-jalan
  • Berdiri dan berjalan ke pejabat rakan sekerja dan bukannya menghantar e-mel
  • Jalankan mesyuarat “berjalan” atau berdiri dengan rakan sekerja dan bukannya duduk di dalam bilik persidangan

2. Gunakan Meja Berdiri

  • Orang yang menggunakan meja duduk/berdiri berasa kurang sakit di belakang leher. Mereka berasa lebih bertenaga, selesa, produktif dan fokus daripada orang yang tidak menggunakannya
    • Gunakan meja berdiri atau cari tugas yang membolehkan anda berdiri seperti bercakap di telefon. Berdiri dan berjalan ke pejabat rakan sekerja dan bukannya menghantar e-mel

3. Pasangkan Stesen Kerja Anda Dengan Betul Dan Jaga Postur (Kedudukan) Anda

  • Skrin komputer hendaklah menjauhi posisi anda dan bahagian atas monitor hendaklah berada di paras dahi. Paras ini dapat mengelakkan anda daripada melihat ke atas atau ke bawah
  • Papan kekunci dan tetikus hendaklah berada pada paras siku dan bersudut 90 darjah. Paras ini dapat mengelakkan anda daripada sukar mencapai untuk menggunakannya
  • Apabila duduk, pinggul dan lutut hendaklah berada pada sudut 90 darjah. Pastikan kaki anda di atas lantai atau peletak kaki
  • Pastikan kepala tegak separas dengan bahu. Jangan membongkok ke depan ke arah komputer
  • Jika anda tidak dapat mengelakkan daripada duduk di meja atau bekerja dengan menggunakan komputer untuk satu tempoh yang lama, sila ikuti petua ini agar dapat mengelakkan beberapa risiko kesihatan. Hubungi penyedia penjagaan kesihatan anda untuk mengetahui selanjutnya.

Sumber: My Healthy My Life

Previous Post

Kemunculan Tiba-Tiba Abang Kepada Mail Dalam Upin Dan Ipin Buat Netizen Teruja

Next Post

‘Saya Cuma Teringin Nak Makan.. Takut Ayah Saya Marah’

Next Post
‘Saya Cuma Teringin Nak Makan.. Takut Ayah Saya Marah’

‘Saya Cuma Teringin Nak Makan.. Takut Ayah Saya Marah’

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Diabetes dan Ramadan, cabaran atau peluang?

Diabetes dan Ramadan, cabaran atau peluang?

April 8, 2021
YouTube Tidak Lagi Akan Meneruskan YouTube Rewind

YouTube Tidak Lagi Akan Meneruskan YouTube Rewind

October 8, 2021
Kisah Tragis Wanita Transgender Di Penjara Lelaki, Terpaksa Berlakon Jadi ‘Lelaki’ Untuk Elak Diseksa

Kisah Tragis Wanita Transgender Di Penjara Lelaki, Terpaksa Berlakon Jadi ‘Lelaki’ Untuk Elak Diseksa

November 30, 2020
Jangan ‘curi-curi’ balik kampung sambut Gawai

Jangan ‘curi-curi’ balik kampung sambut Gawai

May 25, 2021
“Sebab tulah jual murah je!” – Ramai Tak ‘Aware’ Tapi Ini 5 Bahaya Penggunaan Pod Palsu

“Sebab tulah jual murah je!” – Ramai Tak ‘Aware’ Tapi Ini 5 Bahaya Penggunaan Pod Palsu

April 23, 2021
“Tugas kau mulia Cah.” -Keluarga ‘nurse’ meninggal kerana Covid-19 reda ketentuan

“Tugas kau mulia Cah.” -Keluarga ‘nurse’ meninggal kerana Covid-19 reda ketentuan

June 4, 2021
Curi kereta Honda City, seorang wanita yang dipercayai penghisap gam merempuh dan merosakkan hampir 10 kenderaan…

Curi kereta Honda City, seorang wanita yang dipercayai penghisap gam merempuh dan merosakkan hampir 10 kenderaan…

February 18, 2022

Sejuk Mata Memandang Bila Melihat, Neelofa Mula Berniqab

October 16, 2020

Pemilihan warna pakaian mengikut kesesuaian tona kulit!

January 19, 2022

Setelah 10 Tahun Menunggu Zuriat, Irwansyah Sediakan Lif Di Dalam Rumah Untuk Isterinya

September 24, 2020

Gigih siapkan busana kahwin, pengantin menangis terharu kenang jasa ‘member’

April 1, 2021

Punca sakit belakang dan cara mencegah

June 22, 2020

Kematian Dicemburui, Ratusan Penduduk Mengiringi Allahyarham Syekh Ali Jaber Buat Kali Terakhir

January 15, 2021

Amalkan 5 Gaya Hidup Sihat

February 24, 2021

Kenali Jenis Bentuk Tubuh Badan Anda

February 25, 2021

Orang Chubby Pun Boleh Berfesyen Kalau Cuba 4 Tips Ini

December 16, 2020
Kesah Benar

Kami membawa berita TERKINI dan TERBARU di dunia digital

Categories

  • BERITA
  • HIBURAN
  • KESAH Artis
  • KESAh Auto
  • KESAH Bisnes
  • KESAH Dunia
  • KESAH Fesyen
  • KESAH Gadjet
  • KESAH Game
  • KESAH Makan
  • KESAH Muvie
  • KESAH Politik
  • KESAH Sihat
  • KESAH Travel
  • KESAH Viral
  • LIFESTYLE
  • TECH
  • Umum

Recent News

Kecoh najis tercicir ketika bas isi minyak, semua penumpang disaman kerana tiada sesiapa yang mengaku.

Kecoh najis tercicir ketika bas isi minyak, semua penumpang disaman kerana tiada sesiapa yang mengaku.

June 10, 2022
Johnny Deep menang kes saman fitnah terhadap Amber Heard

Johnny Deep menang kes saman fitnah terhadap Amber Heard

June 2, 2022

© 2020 KBNews - Berita Terkini dan Sensasi KBNews.

No Result
View All Result
  • Home
  • Berita
    • KESAH Bisnes
    • KESAH Politik
    • KESAH Dunia
  • Hiburan
    • KESAH Game
    • KESAH Muvie
    • KESAH Artis
  • LIFESTYLE
    • KESAH Fesyen
    • KESAH Makan
    • KESAH Travel
    • KESAH Sihat
  • TECH
    • KESAH Gadjet

© 2020 KBNews - Berita Terkini dan Sensasi KBNews.