Kesah Benar
  • Berita
  • LIFESTYLE
  • Hiburan
  • TECH
Wednesday, August 10, 2022
No Result
View All Result
  • Berita
  • LIFESTYLE
  • Hiburan
  • TECH
No Result
View All Result
Kesah Benar
No Result
View All Result
Home LIFESTYLE KESAH Sihat

Buat Penggemar Susu, Kenali 6 Jenis Susu Ini Di Pasaran Supaya Tak Salah Pilih & Sakit Perut

admin by admin
January 12, 2021
in KESAH Sihat
0
Buat Penggemar Susu, Kenali 6 Jenis Susu Ini Di Pasaran Supaya Tak Salah Pilih & Sakit Perut
0
SHARES
202
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Jenis susu yang berasaskan tumbuhan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat terutama buat mereka yang mementingkan dan mengamalkan pemakanan secara sihat. Terdapat pelbagai variasi susu tumbuhan yang boleh dipilih bagi menggantikan susu haiwan.

Kemasukan dan kewujudan pelbagai jenis susu di pasaran pada hari ini menyukarkan anda menentukan jenis susu yang tepat buat diri anda, kesilapan memilih akan mendatangkan masalah terutama bagi mereka yang mengalami intoleransi laktosa iaitu ketidakupayaan untuk mencerna laktosa, sejenis gula yang terdapat dalam susu dan sesetengah hasil tenusu hingga memberi kesan sampingan seperti masalah penghadaman serta kulit seandainya mereka mengambil produk tenusu.

Kenali Jenis Susu

1. Susu Badam

Sangat terkenal bagi menggantikan susu lembu terutama bagi mereka yang menghadapi intoleransi laktosa, susu ini sangat sesuai dan sihat bagi mereka yang sedang menjalani diet kerana kandungan kalorinya 50% lebih rendah berbanding susu lembu.

Kebaikan : Rendah kalori, mengandungi vitamin E, tidak mengandungi laktosa, kaya dengan antioksidan yang baik untuk kulit.

Kekurangan : Rendah kandungan protein berbanding susu lembu. Oleh itu, anda perlu mendapatkan sumber protein daripada pengambilan makanan yang lain.

2. Susu Gajus

Susu berasaskan kacang gajus, sarat dengan vitamin, mineral dan lemak yang sihat.

Kebaikan : Sumber fiber yang baik, tinggi zat besi, rendah kalori, tiada laktosa dan baik untuk kesihatan mata.

Kekurangan : Rendah kandungan protein sebagaimana susu badam. Oleh itu, memerlukan pengambilan sumber protein daripada makanan lain.

3. Tenusu

Produk tenusu yang paling mudah didapati dan kerap dijumpai di pasaran. Ia kaya dengan protein, mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan namun tinggi kandungan lemak.

Kebaikan : tinggi protein dan juga kalsium, membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan diabetes jenis 2.

Keburukan : tinggi gula dan tidak sesuai untuk individu yang mempunyai masalah intoleransi laktosa.

4. Susu Soya

Berasaskan kacang soya, ia merupakan alternatif bagi menggantikan susu lembu kerana mengandungi kandungan lemak tepu yang lebih rendah jika dibandingkan dengan susu lembu. Lemak tepu boleh menyumbang kepada kolesterol tinggi dan masalah jantung.

Kebaikan : Tinggi kandungan protein (sama seperti kandungan protein susu lembu), kaya dengan vitamin D & B12 serta tidak mengandungi laktosa.

Kekurangan : Beberapa jenama produk susu soya di pasaran kekurangan asid amino, jadi anda perlu mendapatkan asid amino daripada sumber makanan lain.

5. Susu Kelapa

Susu kelapa berasal dari isi putih kelapa coklat yang telah matang, mempunyai konsistensi yang tinggi dan teksturnya juga berkrim.

Kelebihan : Rendah kalori, mengandungi kalium, tidak mengandungi laktosa, membantu mengurangkan inflamasi.

Kekurangan : Rendah kandungan protein, tinggi kalori dan lemak yang boleh meningkatkan berat badan jika diminum secara berlebihan.

6. Susu Oat

Diperbuat daripada oat. Susu ini sesuai bagi mereka yang mudah alergik dengan susu-susu yang lain yang terdapat dalam pasaran.

Kelebihan : Membantu menurunkan paras kolesterol dan membantu kesihatan sistem pencernaan, baik untuk tulang serta kaya vitamin B.

Kekurangan : Tinggi kandungan gula dan juga karbohidrat.⠀⠀⠀

Sumber: meowmeix

Previous Post

4 Tips Kurus Dengan Coklat

Next Post

Emma Maembong Dan Suami Positif Covid-19, Terpaksa Jauhkan Diri Dengan Anak

Next Post
Emma Maembong Dan Suami Positif Covid-19, Terpaksa Jauhkan Diri Dengan Anak

Emma Maembong Dan Suami Positif Covid-19, Terpaksa Jauhkan Diri Dengan Anak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bolehkah Ibu Hamil & Menyusu Ambil Vaksin Covid-19? Ini Jawapan Pakar

Bolehkah Ibu Hamil & Menyusu Ambil Vaksin Covid-19? Ini Jawapan Pakar

February 5, 2021
WOW! Bukan Saja Boleh Buat Turun Berat Badan, Tapi Air Lemon Juga Jadikan Wajah Berseri

WOW! Bukan Saja Boleh Buat Turun Berat Badan, Tapi Air Lemon Juga Jadikan Wajah Berseri

March 18, 2021
Mayat wanita ditemui dengan kesan cedera

Mayat wanita ditemui dengan kesan cedera

May 4, 2021
Padah Langgar Lampu Merah, Lelaki Melambung Dirempuh Kereta

Padah Langgar Lampu Merah, Lelaki Melambung Dirempuh Kereta

February 26, 2021
Nuha curi perhatian Christina Aquilera

Nuha curi perhatian Christina Aquilera

March 17, 2021
Kes jangkitan COVID-19 di Tokyo meningkat

Kes jangkitan COVID-19 di Tokyo meningkat

March 12, 2021
Nak buat duit RAYA ?

Nak buat duit RAYA ?

April 28, 2021

Aishwarya Rai, Anak perempuan juga Positif Covid -19

July 13, 2020

COVID-19: Kita Perlu Bersedia Hadapi Keadaan Terburuk – KP Kesihatan

May 25, 2021

Masa untuk rentas negeri semakin hampir – PM

October 4, 2021

Siri Huawei P40 – Membawa Fotografi Smartphone Ke Tahap Yang Lebih Tinggi

July 17, 2020

KKMM Perkenalkan Dua Pakej Baharu, Bantu Pelajar Dan Golongan Kurang Berkemampuan

September 23, 2021

Karies Awal Kanak-Kanak

October 21, 2020

11 Tempat Makan Best di Petaling Jaya

November 2, 2020

Kerja ganti injap dijangka siap 9 malam ini

April 6, 2021

Peguam Najib diarah hormat hakim

April 6, 2021
Kesah Benar

Kami membawa berita TERKINI dan TERBARU di dunia digital

Categories

  • BERITA
  • HIBURAN
  • KESAH Artis
  • KESAh Auto
  • KESAH Bisnes
  • KESAH Dunia
  • KESAH Fesyen
  • KESAH Gadjet
  • KESAH Game
  • KESAH Makan
  • KESAH Muvie
  • KESAH Politik
  • KESAH Sihat
  • KESAH Travel
  • KESAH Viral
  • LIFESTYLE
  • TECH
  • Umum

Recent News

Kecoh najis tercicir ketika bas isi minyak, semua penumpang disaman kerana tiada sesiapa yang mengaku.

Kecoh najis tercicir ketika bas isi minyak, semua penumpang disaman kerana tiada sesiapa yang mengaku.

June 10, 2022
Johnny Deep menang kes saman fitnah terhadap Amber Heard

Johnny Deep menang kes saman fitnah terhadap Amber Heard

June 2, 2022

© 2020 KBNews - Berita Terkini dan Sensasi KBNews.

No Result
View All Result
  • Home
  • Berita
    • KESAH Bisnes
    • KESAH Politik
    • KESAH Dunia
  • Hiburan
    • KESAH Game
    • KESAH Muvie
    • KESAH Artis
  • LIFESTYLE
    • KESAH Fesyen
    • KESAH Makan
    • KESAH Travel
    • KESAH Sihat
  • TECH
    • KESAH Gadjet

© 2020 KBNews - Berita Terkini dan Sensasi KBNews.