Kesah Benar
  • Berita
  • LIFESTYLE
  • Hiburan
  • TECH
Monday, May 16, 2022
No Result
View All Result
  • Berita
  • LIFESTYLE
  • Hiburan
  • TECH
No Result
View All Result
Kesah Benar
No Result
View All Result
Home BERITA KESAH Viral

Vaksin AstraZeneca selamat dan berkesan

admin by admin
March 19, 2021
in KESAH Viral
0
Kadar pemberian vaksin hampiri 30,000 sehari

This picture taken on November 17, 2020 shows a syringe and a bottle reading "Vaccine Covid-19". - According to the World Health Organization, some 42 "candidate vaccines" against the novel coronavirus Covid-19 are undergoing clinical trials on November 17, 2020. (Photo by JOEL SAGET / AFP)

0
SHARES
22
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Agensi Perundangan Perubatan dan Penjagaan Kesihatan (MHRA) dan Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) mengesahkan vaksin COVID-19 dihasilkan AstraZeneca adalah selamat dan berkesan.

Ketua Pegawai Perubatan AstraZeneca, Ann Taylor dalam satu kenyataan, memaklumkan MHRA hari ini mengumumkan dapatan hasil ujian insiden ‘tromboemboli’ (darah beku pada pembuluh darah) yang dialami sejumlah kecil daripada lebih 11 juta orang penerima vaksin AstraZeneca di United Kingdom (UK).

“Badan kawal selia UK mengesahkan vaksin itu selamat dan berkesan dalam mencegah COVID-19 serta sama sekali tidak berisiko dan orang ramai dinasihatkan untuk terus mendapatkan vaksin terbabit.

“Selepas melakukan ujian klinikal secara rapi dan teliti, MHRA merumuskan tiada bukti menunjukkan pembekuan darah di pembuluh darah berlaku disebabkan vaksin ini,” katanya.

Katanya, ujian terperinci mengenai lima laporan di UK berkaitan pembekuan darah pada urat ‘cerebral venous sinus thrombosis’, diikuti kejadian penurunan platelet darah (thrombocytopenia) masih dilakukan.

“Daripada satu juta populasi yang divaksin di UK, insiden ini hanya berlaku kepada kurang daripada satu individu dan ia juga boleh berlaku secara semula jadi dengan tiada bukti faktor kejadian itu mempunyai kaitan dengan vaksin.

“Dalam pada itu, Jawatankuasa Penilaian Risiko Farmakovigilance (PRAC) EMA turut merumuskan tiada peningkatan risiko pembekuan darah dengan vaksin AstraZeneca,” katanya.

Beliau berkata, PRAC turut merumuskan kejadian ‘tromboemboli’ serius dan trombositopenia (penurunan platelet darah) adalah sangat jarang berlaku dan tiada bukti ia mempunyai kaitan dengan vaksinasi, namun kajian lanjut perlu dilakukan.

Selain itu, tiada juga bukti kejadian berkenaan mungkin berlaku disebabkan oleh kumpulan vaksin tertentu atau lokasi pembuatan vaksin.

“Syarikat akan terus bekerjasama dengan badan kesihatan untuk memastikan kesesuaian penggunaan vaksin AstraZeneca.

“Syarikat juga akan melaksanakan cadangan digariskan oleh PRAC, termasuk mengemaskini maklumat produk di samping memahami sifat dan kerelevanan semua kejadian yang dilaporkan itu.

“Ia sebagai usaha memastikan pemberian vaksin yang selamat dapat diteruskan ketika tempoh krisis kesihatan awam ini,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Previous Post

Jangan Pandai-pandai Rawat Jerawat Dengan BAKING SODA! Buruk Kesannya Nanti

Next Post

10 tip untuk menambah sayur-sayuran dalam diet anda

Next Post
10 tip untuk menambah sayur-sayuran dalam diet anda

10 tip untuk menambah sayur-sayuran dalam diet anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hanya Guna 3 Bahan, Ini Cara Mudah Buat Chocojar Yang Serius Sedap!

Hanya Guna 3 Bahan, Ini Cara Mudah Buat Chocojar Yang Serius Sedap!

March 29, 2021
Anugerah Pilihan Rakyat Grolsch ”JOJO RABBIT ”

Anugerah Pilihan Rakyat Grolsch ”JOJO RABBIT ”

June 26, 2020
Tabiat Yang Tidak Sihat Yang Tidak Patut Diamalkan

Tabiat Yang Tidak Sihat Yang Tidak Patut Diamalkan

June 24, 2020
Review Filem: Unhinged (2020)

Review Filem: Unhinged (2020)

October 2, 2020
12 Tip Travel Untuk Melancarkan Percutian Yang Ramai Tidak Tahu

12 Tip Travel Untuk Melancarkan Percutian Yang Ramai Tidak Tahu

June 24, 2020
Selepas Ditampar Oleh Ibu, Pelajar Maut Terjun Bangunan Sekolah

Selepas Ditampar Oleh Ibu, Pelajar Maut Terjun Bangunan Sekolah

September 30, 2020
11 Tempat Makan Best di Petaling Jaya

11 Tempat Makan Best di Petaling Jaya

November 2, 2020

“Tak Mahu Susahkan Jiran,” Adik Bonceng Jenazah Ibu Dengan Motosikal, Kakak Tampil Perjelas Hal Sebenar

November 6, 2020

Travel secara solo

June 22, 2020

“Aliran oksigen tak sampai ke kandungan” – Anak Terpaksa Dilahirkan Namun Tak ‘Survive’, Esoknya Ibu Pula Temui Ajal

June 8, 2021

“Kita boleh ngobrol” Caprice dedah mesej penuh dengan King Coco

September 28, 2021

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Dengar Rayuan SRC

April 5, 2021

George Clooney Talks About His Love For Amal, And It’s Devastatingly Romantic

March 20, 2020

The HomePod Smart Speaker Shows The Best and Worst of Apple

March 29, 2020

Santai Sarung Kain Batik Ketika Mesyuarat, Mat Salih Ini Raih Perhatian Netizen

October 8, 2021

Dakwaan Ditahan Israel: Pemilik IG Diminta Bantu Kesan ‘Dr Nur’

May 27, 2021
Kesah Benar

Kami membawa berita TERKINI dan TERBARU di dunia digital

Categories

  • BERITA
  • HIBURAN
  • KESAH Artis
  • KESAh Auto
  • KESAH Bisnes
  • KESAH Dunia
  • KESAH Fesyen
  • KESAH Gadjet
  • KESAH Game
  • KESAH Makan
  • KESAH Muvie
  • KESAH Politik
  • KESAH Sihat
  • KESAH Travel
  • KESAH Viral
  • LIFESTYLE
  • TECH
  • Umum

Recent News

Normah Damanhuri pilih rambut palsu, malu bawak watak manja dalam ‘Tiga Janda Melawan Dunia’

Normah Damanhuri pilih rambut palsu, malu bawak watak manja dalam ‘Tiga Janda Melawan Dunia’

May 16, 2022
Hasrat nak pakai ‘baju putih’ tertunai

Hasrat nak pakai ‘baju putih’ tertunai

May 9, 2022

© 2020 KBNews - Berita Terkini dan Sensasi KBNews.

No Result
View All Result
  • Home
  • Berita
    • KESAH Bisnes
    • KESAH Politik
    • KESAH Dunia
  • Hiburan
    • KESAH Game
    • KESAH Muvie
    • KESAH Artis
  • LIFESTYLE
    • KESAH Fesyen
    • KESAH Makan
    • KESAH Travel
    • KESAH Sihat
  • TECH
    • KESAH Gadjet

© 2020 KBNews - Berita Terkini dan Sensasi KBNews.