Kesah Benar
  • Berita
  • LIFESTYLE
  • Hiburan
  • TECH
Monday, May 16, 2022
No Result
View All Result
  • Berita
  • LIFESTYLE
  • Hiburan
  • TECH
No Result
View All Result
Kesah Benar
No Result
View All Result
Home Umum

287 Kluster Tempat Kerja Dilaporkan Dari 1 April-26 Mei, Ini Langkah-Langkah Pencegahan Penularan COVID-19 Di Tempat Kerja

admin by admin
May 28, 2021
in Umum
0
287 Kluster Tempat Kerja Dilaporkan Dari 1 April-26 Mei, Ini Langkah-Langkah Pencegahan Penularan COVID-19 Di Tempat Kerja
0
SHARES
68
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sehingga kini, pandemik COVID-19 sudah melanda negara kita setahun lebih dan Malaysia sudah mengadakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang ketiga.Pada PKP 3.0 ini, ekonomi tetap berjalan kerana rakyat masih dibenarkan untuk keluar ke tempat kerja walaupun sudah ramai yang Bekerja Dari Rumah (BDR).Walau bagaimanapun, pelbagai inisiatif telah dijalankan termasuk inisiatif baru yang disambut baik oleh KKM baru-baru ini. Dipetik daripada halaman Facebook KKM, ikuti perkembangannya seperti di bawah:Sejak bermulanya pandemik COVID-19 pada 25 Januari 2020 sehingga 26 Mei 2021, sebanyak 1,085 kluster tempat kerja telah dilaporkan dengan jumlah 129,322 kes. Namun kebelakangan ini, terdapat peningkatan tren kluster tempat kerja yang semakin membimbangkan.Bermula 1 April 2021 sehingga 26 Mei 2021, sebanyak 287 kluster tempat kerja telah dilaporkan dengan jumlah 17,087 kes. Daripada jumlah itu, 233 kluster tempat kerja ini adalah masih aktif, melibatkan sejumlah 16,785 kes aktif. 3 negeri yang melaporkan jumlah kluster tempat kerja yang tertinggi dalam tempoh ini merupakan negeri Selangor dengan 74 kluster (25.78%), negeri Johor dengan 53 kluster (18.47%) dan negeri Pulau Pinang dengan 31 kluster (10.80%).Analisa terperinci sub-kategori tempat kerja pula mendapati sektor pengilangan melaporkan bilangan kluster yang tertinggi berbanding sub-kategori yang lain, iaitu sebanyak 132 kluster (46 %) dalam tempoh yang sama. Ini diikuti dengan sektor perkhidmatan yang melaporkan 57 kluster (20 %).Walaupun kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan PKP 3.0 bermula pada 12 Mei 2021, namun tren kluster di tempat kerja masih tidak menunjukkan penurunan yang ketara. Sebanyak 115 kluster tempat kerja dengan 5,392 kes telah dilaporkan diantara 12 Mei 2021 sehingga 26 Mei 2021 di mana lebih separuh daripada jumlah tersebut melibatkan sektor pengilangan (62 kluster, 53.4 %).Oleh itu, KKM menyambut baik inisiatif Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memperkenalkan SOP baharu dikenali sebagai Safe@Work bagi mengimbangi kelangsungan operasi perkilangan dengan pengawalan COVID-19 seperti penubuhan pasukan kecemasan COVID-19 oleh pihak syarikat, sanitasi berkala premis, dan memastikan penginapan selesa bagi pekerja.KKM menasihatkan para majikan untuk memastikan langkahlangkah berikut adalah dilaksanakan di tempat kerja:• Penyediaan tempat mencuci tangan atau hand sanitizer;• Pekerja mengenakan pelitup muka setiap masa;• Amalan penjarakkan sosial yang selamat iaitu sekurang-kurangya 1 meter termasuk di ruang kerja dan ruang makan;• Elakkan pekerja berkumpul di ruang yang sempit (confined space)• Elakkan terlalu ramai pekerja bersama pada satu masa (crowded place)• Amalkan jarak 1 meter semasa bertutur (close conversation)• Kerap melaksanakan proses nyah kuman dan nyah cemar, terutamanya di ruang guna sama;Majikan juga disaran proaktif dalam memastikan langkahlangkah pencegahan penularan COVID-19 turut diambil dan diikuti oleh pekerja di tempat penginapan mereka seperti berikut:• Elakkan 3C / 3S seperti yang telah disarankan;• Pastikan katil atau tempat tidur disusun mengikut penjarakkan sekurang-kurangya 1 hingga 2 meter antara satu sama lain;• Elakkan penyediaan makanan secara berkumpulan atau beramai-ramai;• Elakkan makan beramai-ramai di ruang makan;• Pastikan tempat tonton TV atau ruang rehat tidak sesak pada masa yang sama;• Pastikan kebersihan tempat penginapan termasuk tandas dan persekitarannya sentiasa dijaga dengan kerap menjalankan sanitasi dan pembersihan.Bagi pekerja-pekerja pula, adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan semasa di tempat kerja dengan menjaga keselamatan diri, memakai pelitup muka, tidak bersembang dekat, menjaga kebersihan tempat makan ataufasiliti gunasama dan memantau gejala, serta memaklumkan kepada majikan dengan kadar segera sekiranya bergejala. Elakkan datang bertugas bagi mengurangkan risiko penyebaran penyakit dan dapatkan pemeriksaan segera.Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan tempat kerja dan penginapan pekerja berada dalam keadaan yang kondusif dan selamat untuk digunakan. Ini akan mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dan juga lain-lain jangkitan.

No photo description available.

Previous Post

Pakai pelitup muka dua lapis bantu tapis lebih banyak zarah

Next Post

Hanya 11 hari bergelar isteri, suami meninggal akibat serangan jantung

Next Post
Hanya 11 hari bergelar isteri, suami meninggal akibat serangan jantung

Hanya 11 hari bergelar isteri, suami meninggal akibat serangan jantung

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ustaz Ebit Lew Sumbang Makanan Kepada Haiwan Di Zoo Negara

Ustaz Ebit Lew Sumbang Makanan Kepada Haiwan Di Zoo Negara

November 17, 2020

Selepas Empat Potret, Guru Viral Ini kembali Dengan Posting Padu Yang Kedua Dengan Melukis 5 Potret Lagenda Guna Kesemua Kaki Tangan Dan Mulut !

January 11, 2022
Ringgit kekal dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit kekal dibuka rendah berbanding dolar AS

March 9, 2021
Kronologi kes rasuah SRC International dihadapi Najib

Kronologi kes rasuah SRC International dihadapi Najib

July 28, 2020
Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Diri

Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Diri

October 29, 2020
Malaysia Airlines Dapat Tujuh Bintang

Malaysia Airlines Dapat Tujuh Bintang

January 20, 2021
Lelaki Terharu Polis Bagi Susu Formula Percuma

Lelaki Terharu Polis Bagi Susu Formula Percuma

November 26, 2020

“Aliran oksigen tak sampai ke kandungan” – Anak Terpaksa Dilahirkan Namun Tak ‘Survive’, Esoknya Ibu Pula Temui Ajal

June 8, 2021

Baru Kahwin Dah Mengandung 4 Bulan?? Biar betul ni…

July 8, 2020

“Lajuu nak kemana weh”- [VIDEO] Sedih! Wanita Baru Lepas Pantang Maut Dilanggar Di Federal Highway

April 19, 2021

Malu gigi kekuningan gara-gara minum kopi dan teh? Doktor ini kongsi tips

March 7, 2022

Lebih 2,000 penyokong ‘serbu’ Stadium Darul Aman

March 5, 2021

Nampak lebih berusia, wanita hamil pasrah disangka ibu kepada suami

April 15, 2021

‘Rezeki’ Dapat Rakan Serumah Gemar Memasak, Hampir Setiap Hari Dapat Makan Free!

December 18, 2020

“Timbul la sayang..” – Baru 6 hari kahwin, suami dipercayai lemas mandi sungai

March 29, 2021

Tular video langgar & samun, empat ‘samseng’ tiada kerja & positif dadah

April 19, 2021
Kesah Benar

Kami membawa berita TERKINI dan TERBARU di dunia digital

Categories

  • BERITA
  • HIBURAN
  • KESAH Artis
  • KESAh Auto
  • KESAH Bisnes
  • KESAH Dunia
  • KESAH Fesyen
  • KESAH Gadjet
  • KESAH Game
  • KESAH Makan
  • KESAH Muvie
  • KESAH Politik
  • KESAH Sihat
  • KESAH Travel
  • KESAH Viral
  • LIFESTYLE
  • TECH
  • Umum

Recent News

Normah Damanhuri pilih rambut palsu, malu bawak watak manja dalam ‘Tiga Janda Melawan Dunia’

Normah Damanhuri pilih rambut palsu, malu bawak watak manja dalam ‘Tiga Janda Melawan Dunia’

May 16, 2022
Hasrat nak pakai ‘baju putih’ tertunai

Hasrat nak pakai ‘baju putih’ tertunai

May 9, 2022

© 2020 KBNews - Berita Terkini dan Sensasi KBNews.

No Result
View All Result
  • Home
  • Berita
    • KESAH Bisnes
    • KESAH Politik
    • KESAH Dunia
  • Hiburan
    • KESAH Game
    • KESAH Muvie
    • KESAH Artis
  • LIFESTYLE
    • KESAH Fesyen
    • KESAH Makan
    • KESAH Travel
    • KESAH Sihat
  • TECH
    • KESAH Gadjet

© 2020 KBNews - Berita Terkini dan Sensasi KBNews.