Kesah Benar
  • Berita
  • LIFESTYLE
  • Hiburan
  • TECH
Friday, July 1, 2022
No Result
View All Result
  • Berita
  • LIFESTYLE
  • Hiburan
  • TECH
No Result
View All Result
Kesah Benar
No Result
View All Result
Home BERITA

Hasrat nak pakai ‘baju putih’ tertunai

admin by admin
May 9, 2022
in BERITA, KESAH Dunia
0
Hasrat nak pakai ‘baju putih’ tertunai
0
SHARES
88
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

RAWANG “Saya reda dengan pemergiannya dan bersyukur kerana Allah makbulkan permintaannya untuk pakai ‘baju berwarna putih’ pada hari raya pertama, walaupun ianya persalinan adalah kain kafan, “ kata Sabariyah Ismail.

Puan Sabariyah,32 tahun dan suaminya, Mohamad Rashidee Abd Rashid, 34, Anak sulung mereka, Raudhatus Solehah Mohamad Rashidee 8, Meninggal dunia akibat barah otak pada hari isnin lalu bersamaan 1 syawal.

Raudhatus Solehah menghembus nafas terakhirnya pada pukul 12 jam tengah hari, jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Puteri, kira-kira pada 4.30 petang, hari yang sama.

Pemergian Raudhatul Solehah mendapat perhatian orang ramai, selepas bapanya, berkongsi kisah bersama gambar kanak-kanak dan permintaan terakhirnya di Facebook (FB).

Berkongsi kisah, Raudhatus menyatakan, hasratnya ingin memakai persalinan berwarna putih pada 1 syawal kira-kira tiga bulan lalu..kata Sabariyah

Sabariyah dan suaminya tidak membelikan pakaian yang berwarna putih, tetapi hijau untuk Raudhatus dan dua anak mereka, Rauhatus Solehah 6 tahun, dan Raufatus Solehah 4 tahun. Mereka tiga juga dapat sempat bergambar bersama.

“Arwah seperti sudah memberi bayangan dia akan meninggal dunia antaranya dengan menyatakan keinginan memakai baju raya berwarna putih.

“Bagaimanapun saya tidak berfikir ke arah itu (kematian), malah suami ada bergurau dengan arwah dengan menyatakan lebih baik pakai baju sekolah jika mahu pakaian raya berwarna putih.

“Tak sangka pula, permintaannya itu petanda arwah mahu pergi meninggalkan kami semua,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Lanjutkan cerita, Sabariyah berkata, Raudhatus Solehah disahkan menghidap penyakit Barah, pada tahun Februari yang lalu, dan penyakitnya sudah pun tahap keempat sejak ia mula dikesan.

Bagi memastikan penyakit barahnya tidak bertambah kronik, doktor di Hospital Selayang membuang ketumbuhannya yang ada sebelum Raudhatus Solehah menyambung rawatan radioterapi dan kemoterapi di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur.

“Arwah sudah menjalani 31 sesi radioterapi, 30 kemoterapi dan rawatan kemoterapi susulan selama enam bulan.

“Dia juga sudah dua kali membuang ketumbuhan dengan yang pertama pada 16 Februari dan kedua, 23 Mac tahun lalu.

“Sepanjang tempoh itu, arwah tidak pernah mengadu sakit sebaliknya kuat semangat dan terima kesan kemoterapi iaitu keguguran rambut, malah tidak persoalkan apa yang berlalu mungkin kerana sudah melihat kanak-kanak lain senasib dengannya ketika di wad,” katanya.

Menurut Sabariyah, selesai sahaja Raudhatus menjalani radioterapi dan kemoterapi, pada Disember yang lalu, Beliau menunjukkan perubahan yang positif walaupun tidak sembuh sepenuhnya.

“Bagaimanapun kesihatan arwah merosot selepas melakukan ujian Pengimejan Resonans Magnetic (MRI) keempat bermula dengan kebas tumit kaki dan punggung, kemudian tidak dapat membuang air kecil serta besar selama beberapa hari.

“Tiga hari arwah dimasukkan ke hospital pada 19 hingga 21 Mac lalu sebelum dibenarkan pulang namun ditakdirkan hayatnya tidak lama apabila meninggal dunia selepas menunjukkan perubahan drastik pada minggu terakhir.

“Sehingga hari ini, saya masih belum cuci baju terakhir dipakai arwah dan selalu menciumnya sebelum tidur bagi menghilangkan rindu, malah adik bongsunya Raufatus Solehah turut sedih hingga adakalanya menangis sendirian,” katanya.

Sabariyah berterima kasih kepada semua yang mendoakan Raudhatus Solehah semenjak suaminya berkongsi kisah anaknya di FB

“Niat kami kongsikan perkembangan arwah sebelum ini bukan untuk jadikan kisahnya tular, cuma minta doa sahaja daripada mereka yang ternampak perkongsian berkenaan.

“Alhamdulillah, walaupun arwah dan kami sekeluarga tidak dikenali namun ramai doakan ibaratnya satu Malaysia ada dengan kakak (arwah).

“Semoga Allah kembalikan yang baik untuk kalian juga,” katanya

Previous Post

Dayang Nurfaizah, Hanna Delisha dan Sophia Liana  beradu suara untuk lagu raya

Next Post

Normah Damanhuri pilih rambut palsu, malu bawak watak manja dalam ‘Tiga Janda Melawan Dunia’

Next Post
Normah Damanhuri pilih rambut palsu, malu bawak watak manja dalam ‘Tiga Janda Melawan Dunia’

Normah Damanhuri pilih rambut palsu, malu bawak watak manja dalam ‘Tiga Janda Melawan Dunia’

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Diri

Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Diri

October 29, 2020
Coming To You Tomorrow (26 JUNE) : Huawei P40 PRO+ And MatePAD PRO 5G, The Duo To Bring You Into The 5G Future

Coming To You Tomorrow (26 JUNE) : Huawei P40 PRO+ And MatePAD PRO 5G, The Duo To Bring You Into The 5G Future

June 25, 2020
Kediaman di Kondominium Bukit OUG Musnah Dalam Kebakaran, Mujur Tiada Mangsa Terlibat

Kediaman di Kondominium Bukit OUG Musnah Dalam Kebakaran, Mujur Tiada Mangsa Terlibat

April 23, 2021
Duta Besar Perancis Datang Ke Malaysia Belanja Dua Rangkap Pantun Berbahasa Melayu

Duta Besar Perancis Datang Ke Malaysia Belanja Dua Rangkap Pantun Berbahasa Melayu

September 15, 2020
Buat Penggemar Susu, Kenali 6 Jenis Susu Ini Di Pasaran Supaya Tak Salah Pilih & Sakit Perut

Buat Penggemar Susu, Kenali 6 Jenis Susu Ini Di Pasaran Supaya Tak Salah Pilih & Sakit Perut

January 12, 2021
Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga bekas ADUN Pahang

Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga bekas ADUN Pahang

May 20, 2021
Dua Warna, Grafik Baharu Yamaha YZF-R25

Dua Warna, Grafik Baharu Yamaha YZF-R25

February 18, 2021

Tahniah! Farah Nabilah Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

October 23, 2020

SEJARAH PENCIPTAAN BENDERA MALAYSIA

September 1, 2021

Pejabat jeti nelayan terbakar,Seorang lelaki maut

February 17, 2022

Pelajar pertukaran dalam talian di US dihalau

July 8, 2020

Bank Islam Bantu 350,000 Pelanggan

January 26, 2021

Wajib Tonton, 6 Fakta Penting Tentang Spider-Man: No Way Home!

September 17, 2021

11 Tempat Makan Menarik di Bangsar

November 30, 2020

‘Tolong Uruskan Anak Saya’ – Polis Tangkap Pasangan Tinggal Mayat Anak Depan Masjid

November 24, 2020

The HomePod Smart Speaker Shows The Best and Worst of Apple

March 29, 2020
Kesah Benar

Kami membawa berita TERKINI dan TERBARU di dunia digital

Categories

  • BERITA
  • HIBURAN
  • KESAH Artis
  • KESAh Auto
  • KESAH Bisnes
  • KESAH Dunia
  • KESAH Fesyen
  • KESAH Gadjet
  • KESAH Game
  • KESAH Makan
  • KESAH Muvie
  • KESAH Politik
  • KESAH Sihat
  • KESAH Travel
  • KESAH Viral
  • LIFESTYLE
  • TECH
  • Umum

Recent News

Kecoh najis tercicir ketika bas isi minyak, semua penumpang disaman kerana tiada sesiapa yang mengaku.

Kecoh najis tercicir ketika bas isi minyak, semua penumpang disaman kerana tiada sesiapa yang mengaku.

June 10, 2022
Johnny Deep menang kes saman fitnah terhadap Amber Heard

Johnny Deep menang kes saman fitnah terhadap Amber Heard

June 2, 2022

© 2020 KBNews - Berita Terkini dan Sensasi KBNews.

No Result
View All Result
  • Home
  • Berita
    • KESAH Bisnes
    • KESAH Politik
    • KESAH Dunia
  • Hiburan
    • KESAH Game
    • KESAH Muvie
    • KESAH Artis
  • LIFESTYLE
    • KESAH Fesyen
    • KESAH Makan
    • KESAH Travel
    • KESAH Sihat
  • TECH
    • KESAH Gadjet

© 2020 KBNews - Berita Terkini dan Sensasi KBNews.