STETOSKOP merupakan alat yang sering digunakan untuk doktor, mendengar bunyi dalaman seperti degupan jantung dan pernafasan.
Stetoskop kebiasaanya diletakkan di kalung leher bagi membolehkannya dibawa ke mana-mana.
Hal demikian,tular foto memaparkan alat tersebut tergnatung di cermin pandang belakang, dengan ada yang secara sinis ‘menyebohkan’ profesion mereka.
“Nak bagitahu dia doktor” demikian kapsyen posting tersebut yang tular di media sosial, menunjukkan stetoskop yang tergantung di cermin pandang belakang.

Setelah tular foto tersebut, ramai pengamai prubatan memberikan respons.
Dr Sakinah Sulong, tampil memberi komen dan penjelasan mengenai stetoskop sering digantung di dalam kereta.
“Hahaha…..jangan la bitter sangat, Sebenarnya letak stetoskop kat situ, senang sikit nak ambil dari kereta,ambil je, pastu sangkut kat leher.
“kalau betul kita nak bagitahu kat orang, keluar pergi pasar pun kita bawa letak keliling kepala, biar tergantung-gantung kat depan dada.” balas Dr Sakinah Sulong di laman Facebook dengan gambar tular.
Dr Sakinah Sulong merupakan Pakar Perubatan Keluarga, Medical Mythbuster Malaysia turut bertanyakan kenyataan tersebut oleh individu yang rakam dari belakang sebuah kereta, dipercayai milik seorang doktor.
“Yang awak tak suka sangat, kenapa? Ex dulu, doktor eh?” katanya secara berseloroh.
Kemudian, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan turut memberi komen di Facebook sekali dengan foto stetoskop, memberikan justikasi bahawa alat itu bukan sahaja digunakan untuk mendengar paru-paru dan jantung.
Menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, Stetoskop merupakan alat yang amat sinomin untuk kerjaya doktoran.
“Selain kot putih dan stetoskop, ianya sebagai salah satu elemen dalam gambaran identiti seorang doktor. Doktor bawa stetoskop ke mana-mana, kerana ia sangat penting dalam membantu doktor mengenal pasti masalah pada tubuh badan.
“Antara fungsi stetoskop adalah mendengar bunyi pernafasan.Lelocong stetoskop diletak di dada, untuk mendengar bunyi pernafasan. Pernafasan bermasalah mungkin menghasilkan bunyi berdecit, berbuih, berkeriuk, tiada bunyi langsung dan lain-lain.setiap bunyi ini memberi gambaran masalah yang berlaku.
“Ia mendengar bunyi jantung. Leloceng stetoskop diletak di dada, sebelah kiri untuk mendengar degupan jantung. Jantung normal menghasilkan bunyi dup-dup. Jika bunyi berubah, ada desiran, atau ritmanya tak sekata, itu tandanya ada masalah dengan jantung,” komen Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Sumber – Mstar